Israel Feliciano - São Paulo, Brazil (detail) (may)
Israel, lebih dikenali dengan nama Portugis ringkasnya “Rael”, dilahirkan dan dibesarkan di bandaraya São Paulo. Dia seorang ahli music dan pengetuai satu kumpulan hip-hop group yang dipanggil “Pentagon”. Kumpulan itu berpusat di pinggir bandaraya sebelah selatan. Waktu dia berusia lapan tahun, Rael telah pun menjadi peminat break dance. Dia dan saudaranya akan menari di pusat Bandar dan dalam pertunjukan bakat di sekolah mereka. Bapanya juga seorang ahli musik dan menjadi pengaruh yang besar kepada Rael, walaupun dia masih memegang kepada pendapatnya bahawa hip-hop sebenarnya bukanlah musik. Dia lebih mengemari musik tradisi Brazil “Forro” dan “Sertaneja”, dua jenis musik yang popular di daerah timur laut Brazil, tempat kelahirannya.Sejak dari awal tahun 2006, Rael bekerja sebagai Pemeriksa Permit Bandaraya. Tugasnya ialah untuk mencegah pembukaan gerai yang tak sah di tempat lalu-lalang am. Rael juga gemar bermain bola sepak dengan kawan-kawannya dan keluar bersama teman wanitanya.
Israel Feliciano Halaman Utama



